Bila urusan kewangan dah makin banyak, kadang pening kepala nak cari balik penyata akaun. Ada orang simpan hardcopy dalam fail, tapi bila nak guna entah hilang, entah kena pos lambat, atau rosak sebab basah. Lagi susah kalau nak cepat, contohnya nak buat pinjaman rumah, nak sediakan dokumen untuk cukai, atau sekadar nak semak keluar masuk duit bulanan.
Lepas tu bermula 1 April 2025, RHB dah umumkan takkan hantar lagi penyata bercetak melalui pos secara berperingkat. Jadi kalau masih bergantung pada posmen, memang akan jadi masalah. Takkan tiap kali nak guna kena beratur kat kaunter bank semata-mata nak cetak penyata, kan?
Sebenarnya, ada cara yang jauh lebih mudah. RHB dah sediakan kemudahan e-Statement iaitu penyata bank dalam bentuk digital. Senang nak akses, boleh muat turun bila-bila masa, dan lebih selamat sebab fail dilindungi password.
e-Statement RHB
e-Statement ni sebenarnya sama je macam penyata bercetak yang kita terima dalam surat sebelum ni. Bezanya, ia dalam bentuk digital (PDF). Semua transaksi, baki akaun, dan maklumat keluar masuk tetap ada.
Kelebihan utamanya kita boleh akses dengan cepat, tak perlu tunggu pos. Nak simpan pun senang, cuma download dan simpan dalam komputer atau telefon. Kalau nak cetak, boleh print sendiri. Lebih selamat sebab RHB hantar dengan password, jadi orang lain tak boleh buka sesuka hati. Dan satu lagi, ia mesra alam sebab tak perlu lagi guna banyak kertas.
Cara Dapatkan Statement RHB Bank Online (Individu)
Kalau anda pengguna individu, ada dua cara mudah: melalui RHB Online Banking di website, atau RHB Mobile Banking App dalam telefon.
1. Akses Melalui RHB Online Banking
Nak guna portal web ni sesuai kalau kita selalu semak akaun guna komputer. Caranya:
- Pergi ke laman rasmi RHB Online Banking
- Masukkan User ID dan Password anda.
- Klik menu ‘Accounts’.
- Pilih jenis akaun yang nak tengok.
- Tekan tab ‘Statement’.
- Pilih bulan yang nak download.
- Siap, boleh terus simpan atau print.
Kalau anda belum daftar RHB Online Banking, boleh baca panduan lengkap di sini: Cara Daftar RHB Bank Online.
2. Akses Melalui RHB Mobile Banking App
Kalau jenis yang suka cepat dan ringkas, guna apps lagi senang.
- Buka aplikasi RHB Mobile Banking dalam telefon.
- Log masuk macam biasa.
- Tekan tab ‘Accounts’.
- Pilih akaun yang nak tengok.
- Klik ‘Statements’.
- Pilih bulan yang nak.
- Boleh terus muat turun atau kongsi fail tu.
Cara Dapatkan Statement RHB Bank Online (Perniagaan)
Untuk pelanggan korporat atau syarikat, RHB sediakan platform khas RHB Reflex. Ia memang dibuat untuk urus akaun syarikat yang besar.
Akses Melalui RHB Reflex
Langkahnya lebih kurang sama, cuma masuk ikut portal Reflex:
- Log masuk ke RHB Reflex.
- Klik menu ‘Account Management’.
- Pilih ‘eStatement Download’.
- Pilih jenis akaun, nombor akaun, dan bulan yang nak tengok.
- Download penyata tu untuk simpanan syarikat.
Kalau syarikat belum ada akses Reflex, kena isi borang permohonan dan hantar ke cawangan RHB.
Terima Statement Melalui Emel
Selain guna portal atau apps, RHB juga boleh hantar e-Statement terus ke emel berdaftar anda. Fail tu akan dilindungi password. Jadi kalau nak mula guna cara ni, pastikan emel anda aktif dan betul. Kalau tukar emel, hubungi RHB untuk update.
Cetak Penyata di Cawangan RHB
Kalau masih perlukan salinan bercetak, boleh je pergi ke mana-mana cawangan RHB. Tapi perlu diingat pos penyata ke rumah akan dihentikan berperingkat. Jadi lebih baik biasakan diri dengan e-Statement.
Masalah Biasa & Cara Atasi
Kadang-kadang ada juga isu bila guna e-Statement ni. Antara masalah yang selalu berlaku:
- Tak jumpa penyata lama – sistem biasanya simpan sehingga 13 bulan je. Kalau lebih lama, memang kena minta di kaunter.
- Sistem lambat atau tak boleh akses – cuba login semula kemudian. Kadang cuma masalah teknikal sementara.
- Tak terima emel – semak folder spam/junk. Kalau masih tak dapat, sahkan dengan pihak bank.
Kalau semua dah cuba tapi masih tak boleh, hubungi pusat khidmat pelanggan RHB.
Kelebihan Guna e-Statement
Kenapa patut mula guna e-Statement sekarang? Sebab banyak manfaatnya:
- Tak perlu tunggu posmen.
- Fail ada password.
- Mesra alam.
- Boleh simpan dalam folder komputer.
- Kalau perlukan hardcopy, print sendiri.
Ringkasnya, sekarang lebih senang untuk dapatkan statement RHB Bank online. Sama ada guna RHB Online Banking, aplikasi mudah alih, atau RHB Reflex untuk syarikat semuanya boleh dibuat sendiri tanpa tunggu pos. Kalau nak, boleh juga terus terima melalui emel.
Caleb Lee
Senior Content WriterCaleb Lee merupakan seorang penulis kewangan berpengalaman yang aktif berkongsi panduan praktikal mengenai pengurusan duit, pelaburan asas, serta strategi menjana pendapatan tambahan.
