Cara Saya Claim Etiqa Travel Insurans TripCare 360 Takaful

Cara Claim Etiqa Travel Insurans

Satu benda yang orang selalu pandang ringan masa nak travel ialah insurans. Rasa macam tak penting, sebab dalam kepala fikir semuanya akan berjalan lancar. Tapi hakikatnya tak semua benda berlaku seperti yang dirancang. Bila bagasi tak sampai, flight delay lebih 4 jam, beg rosak atau tiba tiba jatuh sakit dekat negara orang, masa tu memang terasa perit. Duit pun melayang sebab terpaksa beli barang keperluan baru atau bayar rawatan.

Situasi macam ni memang boleh rosakkan mood dan momentum perjalanan. Duit yang sepatutnya digunakan untuk makan sedap, beli cenderamata atau bayar aktiviti travel, tiba tiba habis untuk benda yang langsung tak dirancang.

Lepas kena pengalaman macam tu sendiri, memang tak fikir panjang dah. Travel insurans ini bukan benda tambahan, tapi satu keperluan. Dan bagi pengalaman peribadi, Etiqa Travel Insurans TripCare 360 Takaful memang sangat membantu bila ada masalah masa travel. Semuanya boleh claim dalam aplikasi saja, tak perlu pergi kaunter atau email panjang lebar.

Cara Claim Etiqa Travel Insurans

Kenapa Pilih Etiqa Travel Insurans TripCare 360 Takaful

Sebelum travel ke Switzerland dan London baru baru ini, saya ambil pelan TripCare 360 daripada Etiqa. Satu sebab utama memilih Etiqa ialah ramai yang kata proses claim dia senang dan aplikasi dia jelas, tak serabut.

Pelan ni pun cover banyak situasi semasa travel, bukan sekadar insiden bagasi atau flight, tetapi juga rawatan hospital, kehilangan dokumen, pembatalan perjalanan, dan macam macam lagi bergantung pelan yang diambil. Kita tak minta benda tak best berlaku, tapi kalau jadi, sekurangnya ada back up.

Pengalaman Claim Sendiri Masa Travel

Ok yang ni bahagian yang paling orang nak tahu. Masa sampai London, saya perasan bagasi tak keluar dari belt. Empat beg tak sampai. Pegawai airport memang sahkan luggage tertinggal dekat Zurich.

Masa tu memang blur. Barang penting semua dalam luggage. Memang tak ada pilihan, kena beli barang asas sementara menunggu beg sampai.

Saya buka aplikasi Etiqa, submit claim bawah kategori Luggage Delay, upload dokumen yang mereka perlukan macam:

  • Boarding pass
  • Report bagasi airport
  • Resit barang keperluan

Lepas submit tu, saya tunggu. Dalam masa lebih kurang 5 hari bekerja, claim lulus. Lepas tu tunggu lebih kurang 4 hari, duit masuk. Total claim: RM2,500. Memang rasa lega sebab sekurangnya kos kecemasan dapat cover balik.

Claim Etiqa Travel Insurans TripCare 360 Takaful

Contoh Pengalaman Pengguna Lain

Bukan saya saja, ramai juga pernah kongsi pengalaman positif guna Etiqa TripCare 360 ni.

Antara perkongsian menarik:

Agnis:

Flight delay 4 jam, tak claim pun. Tiba tiba duit RM500 masuk. Sebab dah register nombor flight dalam app. Automatik.

Aziz Syazwan:

Beg rosak sampai KLIA. Upload gambar dalam app. 5 minit, RM250 masuk.

Baizura:

Pergi Thailand pun tetap ambil Etiqa. Satu keluarga dalam RM45. Harga ok, claim pun senang.

Kalau tengok perkongsian pengguna, yang paling kuat disebut ialah claim senang dan tak banyak soal.

Apa Yang Boleh Claim Dengan TripCare 360

Sebenarnya coverage TripCare 360 ni luas. Ada beberapa claim yang biasanya orang buat:

Situasi Boleh Claim
Luggage delay ya
Luggage hilang ya
Beg rosak ya
Flight delay ya
Rawatan hospital semasa travel ya
Kehilangan dokumen penting ya
Gangguan atau pembatalan jadual ya (ikut pelan)

Masa beli pelan, boleh pilih yang basic atau premium. Saya ambil pelan paling tinggi sebab travel dengan keluarga.

Dokumen Yang Perlu Sediakan Untuk Claim

Supaya proses claim lancar, dokumen ni memang penting:

  • Passport
  • Boarding pass
  • Polisi insurans
  • Laporan rasmi airport (kalau bagasi delay / hilang / rosak)
  • Resit pembelian barang kecemasan
  • Bukti insiden (gambar, laporan polis, laporan hospital)

Kalau dokumentasi lengkap, proses claim lebih cepat.

Tip Penting Sebelum Buat Claim

Berikut pengalaman yang boleh dijadikan panduan:

  • Jangan buang resit walaupun sekecil berus gigi atau tuala kecil.
  • Ambil gambar bagasi rosak atau situasi yang berlaku.
  • Report kejadian dekat airport atau tempat berkaitan sebelum claim.
  • Daftarkan nombor flight dalam aplikasi Etiqa awal awal.

Kalau buat semua ni, proses claim memang smooth. Untuk pembaca yang nak rujuk contoh claim Etiqa lain, boleh tengok panduan cara claim insuran cermin kereta Etiqa sebab cara submit dalam aplikasi hampir sama dan boleh dijadikan rujukan.

Berbaloi Ke Ambil TripCare 360?

Kalau ikut pengalaman sendiri, memang YA. Bayangkan, saya bayar insurans sekali saja, bukan bulanan. Tapi bila kena luggage delay, dapat claim lebih daripada apa yang dibayar.

Untuk saya, ini bukan lagi opsyen tapi pelindung perjalanan.

Travel insurans bukan membazir. Ia satu langkah bijak supaya perjalanan lebih tenang. Kita bukan harap benda buruk berlaku, tapi kalau terjadi, sekurangnya ada bantuan kewangan.

Pengalaman claim Etiqa Travel Insurans TripCare 360 Takaful buat saya rasa lebih yakin nak travel jauh selepas ini. Proses claim senang, aplikasi jelas, duit masuk cepat dan coverage pun luas.

Kalau sedang merancang trip, cuba consider insurans dulu sebelum terbang. Jangan tunggu kena baru rasa nak ambil.

Caleb Lee

Senior Content Writer

Caleb Lee merupakan seorang penulis kewangan berpengalaman yang aktif berkongsi panduan praktikal mengenai pengurusan duit, pelaburan asas, serta strategi menjana pendapatan tambahan.